Khamis, 12 Februari 2015

LADANG SAWIT DAN RUMAH LELONG - FELDA JENGKA

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN
PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN
Bil (18) PTM 4/3/0008 (14)

Dalam Perkara Seksyen 257/263 Kanun Tanah Negara dan dalam perkara gadaian ke atas tanah di bawah pegangan PM 3003, Lot 3899, (Dahulu dikenali sebagai HSM 1593, PT 2128) Mukim Bukit Segumpal, Daerah Maran, Pahang Darul Makmur & PM 13008, Lot 29779, (Dahulu dikenali sebagai HSM 18077, PT 19106, Mukim Chenor, Daerah Maran, Pahang Darul Makmur.

DI ANTARA
BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD           …                                PEMEGANG GADAIAN
DAN
IDRIS BIN MAT ZIN (No K/P : 510425-06-5249)    …                               PENGGADAI

Dalam menjalankan perintah PENTADBIR TANAH MARAN bertarikh 09hb Januari 2015 dengan ini diisytiharkan bahawa PENTADBIR TANAH MARAN dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah ini :

AKAN MENJUAL SECARA LELONGAN AWAM
PADA 26HB MAC 2015 (KHAMIS), MASA 10.00 PAGI
DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH & TANAH MARAN,
26500 MARAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Butir-butir hartanah adalah seperti berikut :
NO HAKMILIK
PM 3003, Lot 3899 (Dahulu dikenali sbg HSM 1593, PT 2128)
PM 13008, Lot 29779 (Dahulu dikenali sbg HSM 18077, PT 19106)
MUKIM/DAERAH/NEGERI
Bukit Segumpal/Maran/Pahang D.M
Chenor/Maran/Pahang D.M
KELUASAN TANAH
920 mp
3.978 hektar
CUKAI TANAH
RM 46.00
RM 240.00
PEGANGAN
Pajakan 99 Tahun
Pajakan 99 Tahun
TARIKH LUPUT PAJAKAN
23.06.2099
23.06.2099
PEMILIK BERDAFTAR
IDRIS BIN MAT ZIN (K/P: 510425-06-5249)
IDRIS BIN MAT ZIN (K/P: 510425-06-5249)
SYARAT SYARAT NYATA
Tanah ini hendaklah digunakan untuk satu unit Bangunan Kediaman sahaja
Tanah ini hendaklah digunakan untuk tanaman kelapa sawit sahaja
SEKATAN KEPENTINGAN
Tanah ini adalah tertakluk kepada Akta GSA 1960. Tanah ini tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak secara bersendirian melainkan dipindahmilik,digadai atau dipajak (Tapak Rumah dan Tanah Ladang) bersekali, setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri. Hakmilik-hakmilik yang berkaitan ialah : PM 13008, Mukim Chenor, Maran
Tanah ini adalah tertakluk kepada Akta GSA 1960. Tanah ini tidak boleh dipindah milik, digadai atau dipajak secara bersendirian melainkan dipindahmilik,digadai atau dipajak (Tapak Rumah dan Tanah Ladang) bersekali, setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri. Hakmilik-hakmilik yang berkaitan ialah : PM 3003, Mukim Chenor, Maran
GADAIAN
Telah digadaikan kepada BANK PERTANIAN MALAYSIA melalui Pers No: 1026/2002 berdaftar pada 25.10.2002, dan Pers No: 1469/2004 berdaftar pada 27.12.2004
Telah digadaikan kepada BANK PERTANIAN MALAYSIA melalui Pers No: 1026/2002 berdaftar pada 25.10.2002, dan Pers No: 1469/2004 berdaftar pada 27.12.2004

Lokasi dan Keterangan Hartanah :
Harta ini merupakan 1 Lot Ladang Kelapa Sawit berpasangan dengan 1 Lot tapak kediaman, beralamat No 60, Felda Jengka 19, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Terletak di Rancangan Felda Jengka 19, 26400 Bandar Jengka, Pahang D.M. 24 Kilometer dari Bandar Jengka melalui Jalan Temerloh – Bandar Jengka.
Akomodasi : Sebuah rumah separuh batu/kayu setingkat dengan mengandungi : Ruang tamu, Ruang serba guna, ruang keluarga, ruang makan, 7 bilik tidur, dapur, 2 tandas/wc terrace & verada.

Lot 3899
Gambar Rumah
Pandangan Hadapan Rumah
Pandangan Tepi Rumah
Lot 29779
HARGA RIZAB : RM 352,000.00 (Rgt(M): TIGA RATUS LIMA PULUH DUA RIBU SAHAJA) Kesemua penawar dikehendaki membayar wang cagaran sebanyak 10% daripada Harga Rizab yang ditetapkan secara bank Draf atas nama BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD sebelum lelongan bermula dan bakinya hendaklah dijelaskan
Dalam syarat-syarat jualan lelongan. Harta  tersebut akan di jual tertakluk kepada syarat-syarat jualan yang dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Tanah Maran, Pahang dan beberapa tempat lain. Untuk maklumat selanjutnya, sila memohon kepada PENTADBIR TANAH MARAN (Fail Ruj: PTM 4/3/0008 (14)

Atau, Peguam bagi pihak pemegang gadaian,
Tetuan Sazali & Lim,  NO 15, Tkt Atas, Pusat Komersial Temerloh, Jln Datuk Bahaman 3, 28000 Temerloh, Pahang. Tel No : 09-2965705/09-2965706

Atau Pelelong Berlesen yang tersebut di bawah:
BURHAN AGENCY, No A-10 Tkt 1, Bangunan Pejabat MARA Daerah, Bandar Lama, 28000 Temerloh Phg
Tel No : 013-9271250 (Burhanudin)
No Ruj Fail: BA/TLH/PTBTG/LA 2013-50