Rabu, 25 Mac 2015

TANAH LELONG 1.925 HEKTAR ( 4.757 EKAR ) DI BERA, PAHANG

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN
Bil (34) PTBera 4/369/7/2014

Dalam Perkara Seksyen 257/263 Kanun Tanah Negara dan dalam perkara gadaian ke atas tanah dibawah pegangan PM 1766, Lot 17324, Mukim Triang, Daerah Bera, Pahang D.M

DIANTARA
BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD               ………                  PEMEGANG GADAIAN
DAN
MOHD ASRI BIN MASDOR (No Polis: R/F 88506)   ………                 PENGGADAI

Dalam menjalankan perintah PENTADBIR TANAH BERA bertarikh 11hb Mar 2015 dengan ini diisytiharkan bahawa PENTADBIR TANAH BERA dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut dibawah ini :

AKAN MENJUAL SECARA LELONGAN AWAM
PADA 26HB MEI 2015 (SELASA), MASA 10.00 PAGI
DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH & TANAH BERA,
28200 BERA, PAHANG DARUL MAKMUR.

Butir-butir hartanah adalah seperti berikut :

NO HAKMILIK / LOT
PM 1766, Lot 17324
MUKIM/DAERAH/NEGERI
Triang/Bera/Pahang Darul Makmur
KELUASAN TANAH
1.925 Hektar (4.757 ekar)
CUKAI TANAH
RM 50.00
PEGANGAN
Pajakan 99 Tahun
TARIKH LUPUT PAJAKAN
16.05.2099
REZAB
Dalam Kawasan Rezab Melayu
PEMILIK BERDAFTAR
MOHD ASRI BIN MASDOR (No Polis : R/F 88506)
SYARAT-SYARAT NYATA
Tanah ini hendaklah digunakan untuk tanaman getah sahaja
SEKATAN KEPENTINGAN
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, digadai, melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.
GADAIAN
Telah digadaikan kepada BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (811810-U) melalui Pers No: 759/2010 berdaftar pada 05.07.2010

Lokasi Dan Keterangan Hartanah :

Hartanah ini merupakan 1 lot Tanah Pertanian (Getah) terletak di paya Rumput, Mukim Triang, Daerah Bera, Pahang. Untuk sampai ke hartanah dari Bandar Temerloh ialah melalui Jalan Utama Temerloh-Charuk Putting – Guai sejauh 26 km dan membelok melalui jalan tanah merah sejauh 300 meter untuk ke Hartanah.

HARGA RIZAB : RM 70,000.00 (Rgt Malaysia : TUJUH PULUH RIBU SAHAJA)
Kesemua penawar dikehendaki membayar wang cagaran sebanyak 10% daripada Harga Rizab yang ditetapkan secara bank draf atas nama BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD sebelum lelongan bermula dan bakinya hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh lelongan tersebut iaitu sebelum atau pada 21hb Okt, 2015 dan lain-lain syarat yang terkandung di dalam syarat-syarat jualan lelongan. Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada syarat-syarat jualan yang dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Tanah Bera, Pahang. Dan beberapa tempat lain. Untuk maklumat selanjutnya, sila memohon kepada PENTADBIR TANAH BERA (Fail Ruj: PTBera 4/369/7/2014 (34)

Atau Peguam bagi pihak pemegang gadaian,

Tetuan Bahari, Choy & Nongchik, 
No 1 & 3, Tkt 1, Jln Semantan 2, 28000 Temerloh, Pahang. 
Tel : 09-2960227 / 2960228 / 2960229 (U/p: Ani)

Atau Pelelong Berlesen yang disebut di bawah :

BURHAN AGENCY
No A-10, Tkt 1, Bangunan Pejabat MARA Daerah, Bandar Lama, 28000 Temerloh Pahang
No 200 Taman Sri Semantan, 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.
013-9271250 (Pelelong Berlesen – Burhanudin) & 017-9487747 (Ezrul)
No Ruj Fail : BA/TLH/PTBera/LA 2015-53

PLAN GOOGLE EARTH
PLAN LOT
LOKASI HARTANAH
LALUAN TEPI HARTANAH



 





JALAN KG GUAI - CHERUK PUTING 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan