Ahad, 25 Februari 2018

TANAH LELONG - DI CHEKA LIPIS

PERISYTIHARAN JUALAN LELONGAN
PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN
Bil (56) PTL.PEN.15/055/2015
                                                                                                               
Dalam Perkara Seksyen  257/263 Kanun Tanah Negara dan dalam perkara gadaian ke atas tanah di bawah pegangan PM 1344, Lot 10423,  Mukim Cheka, Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur.

DI ANTARA
BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD                                               …                      PEMEGANG GADAIAN
DAN
ZAHID MAULANA BIN HJ ABDUL RAHMAN                                        …                      PENGGADAI 

Dalam menjalankan perintah PENTADBIR TANAH LIPIS bertarikh 03hb, November 2017 dengan ini diisytiharkan bahawa PENTADBIR TANAH  LIPIS dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah ini :

AKAN MENJUAL SECARA LELONGAN AWAM PADA  07HB MAC 2018 (RABU),
MASA 10.30 PAGI DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH & TANAH LIPIS,
26500 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR.

Butir-butir hartanah adalah seperti berikut:
NO HAKMILIK/NO LOT
PM 1344, Lot 10423
MUKIM/DAERAH/NEGERI
Cheka/Lipis/Pahang Darul Makmur 
KELUASAN TANAH
1.208 Hektar ( 2.98 ekar )
CUKAI TANAH                 
RM 61.00
PEGANGAN
Pajakan 99 Tahun              
TARIKH LUPUT PAJAKAN
19.09.2105
REZAB
Tiada
PEMILIK BERDAFTAR
ZAHID MAULANA BIN HJ ABDUL RAHMAN  (K/P:670310-06-5233)1/1 Bahagian
KETEGORI TANAH
Pertanian.
SYARAT SYARAT NYATA
Tanah ini hendaklah digunakan untuk tanaman getah sahaja.
SEKATAN KEPENTINGAN  
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, digadai melainkan  setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.
GADAIAN
Telah digadaikan kepada BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD  melalui,
Pers No:  599/2011  didaftarkan pada 30.05.2011
Lokasi dan Keterangan Hartanah:
Harta ini merupakan  1 lot Tanah Pertanian (Getah) terletak di Kg Kijang, Mukim Cheka, Daerah Lipis, Pahang. Untuk sampai ke hartanah dari Pekan Kerambit ialah melalui Jalan Utama Kerambit-Jeransang sejauh 2.5 km dan kemudian menuju ke jalan masuk menuju ke Kampung Kijang sekitar 800 meter dan akhirnya disusul jalan laterit seluas 500 meter lagi dimana terletaknya hartanah tersebut.

HARGA RIZAB : RM  105,000.00 (RGT(M) : SATU RATUS LIMA RIBU SAHAJA)

GAMBAR HARTANAH
KAWASAN HARTANAH
JALAN MASUK
SIMPANG MASUK DARI JALAN BESAR
PLAN HARTANAH
GAMBAR GOOGLE EARTH
Kesemua penawar dikehendaki membayar wang cagaran sebanyak 10% daripada Harga Rizab yang ditetapkan  iaitu sebanyak RM 10,500.00 secara Bank Draf atas nama BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD sebelum lelongan bermula dan bakinya hendaklah dijelaskan dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh lelongan tersebut iaitu sebelum atau pada 04hb Julai, 2018 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang ditetapkan serta lain-lain syarat yang terkandung di dalam syarat-syarat jualan lelongan. Harta tersebut akan di jual tertakluk kepada syarat-syarat jualan yang dipamerkan di papan kenyataan Pejabat Tanah Lipis, Pahang. dan beberapa tempat lain. Untuk Maklumat selanjutnya, sila memohon kepada PENTADBIR TANAH LIPIS (Ruj File : PTL. PEN.15/055/2015)

Atau Peguam bagi pihak pemegang gadaian,
TETUAN SALMAN, APANDI, MIZI & AZMI
Peguambela & Peguamcara, No 49, Tingkat 2, Jalan Yoke Yew
28700 Bentong Pahang Darul Makmur.
No Tel : 09-2232887   Fax : 09-2229887
No Ruj Fail: (SAMA/L/191-14/Agro/FC/ZMAR-mi)

Atau Pelelong Berlesen yang tersebut di bawah:
DANISH AGENCY                                                                                            
No A-10, Tkt 1, Bangunan Pejabat Mara Daerah, Bandar Lama, 28000 Temerloh, Pahang
No H/P : 017- 948 7747 (Ezrul) & 013-927 1250 (Burhanudin)
Email : mydanish.agency@gmail.com   Blog :www.danishagency.blogspot.com
No Ruj Fail: DA/LIPIS(LA)1/2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan