Isnin, 8 September 2014

RUMAH LELONG - BUKIT BENDERA


PERISYTIHARAN JUALAN
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH
DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
PERMOHONAN PELAKSANAAN NO : 38-26-04/2014

Dalam Perkara Mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara 1965
Dan
Dalam Perkara Mengenai Aturan 31 dan Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980
Dan
Dalam Perkara Mengenai Gadaian yang telah dilaksanakan oleh RAJENTHERAN A/L GOVINDAN dan CHANDRAKANTHA A/P MUTHU KANOO bagi kepentingan MALAYAN BANKING BERHAD atas hartanah yang dipegang di bawah H.S.(D) 5894, P.T.No 3491, Bandar Mentakab, Daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur yang didaftarkan pada 17/07/2006 mengikut No. Perserahan : 5024/2006.
ANTARA
MALAYAN BANKING BERHAD                             …                                                       PLAINTIF
(No Syarikat : 3813-K)

DAN
1. RAJENTHERAN A/L GOVINDAN
2. CHANDRAKANTHA A/P MUTHU KANOO      …                                                    DEFENDAN


Menurut perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Temerloh mengenai Perintah Jualan dan Notis Permohonan bertarikh 07.08.2014 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Temerloh atau wakilnya dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang di lantik oleh Mahkamah.

AKAN MENJUAL SECARA
LELONGAN AWAM
PADA : 29HB OKTOBER 2014 (RABU) MASA : 10.30 PAGI DI BILIK LELONG
MAHKAMAH TINGGI, TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR.
NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah di nasihatkan agar membuat carian ke atas hakmilik secara resmi di Pejabat Pengarah Tanah & Galian, Negeri Pahang, di Temerloh dan memeriksa semua tanggungan, bebanan dan mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum lelongan dijalankan.

Butir-butir hakmilik adalah seperti berikut :
No Hakmilik
HS(D) 5894
Cukai Tahunan
RM 90.00
No Lot
PT 3491
Taraf Pegangan
Pajakan 99 Tahun berakhir 16.02.2088
Mukim
Mentakab
Keluasan
102.18 mp (1,099.86 kp)
Daerah
Temerloh
Kegunaan Tanah
Bangunan
Negeri
Pahang Darul Makmur
Rizab
Antarabangsa
Pemilik Berdaftar
CHANDRAKANTHA A/P MUTHU KANOO / KP : 650501-05-5400 ½ Bhg
RAJENTHERAN A/L GOVINDAN / KP : 640510-06-5679 ½ Bhg
Syarat Nyata
Tanah ini hendaklah digunakan untuk satu unit bangunan kediaman sahaja
Sekatan Kepentingan
Tanah ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, digadai melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri.
Gadaian
Gadaian kepada Malayan Banking Berhad No Pers No : 5024/2006 bertarikh 17.07.2006

PLAN LOT

PLAN GOOGLE EARTH

HADAPAN RUMAH
TEPI RUMAH

KAWASAN LAPANG HADAPAN RUMAH


Lokasi dan Keterangan Hartanah
Hartanah ini ialah seunit rumah Bandar dua tingkat yang beralamat No 60, Jalan Bendera Bendahara, Taman Bukit Bendera, 28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur. Hartanah ini terletak dalam Taman Bukit Bendera, Mentakab, iaitu lebih kurang 3km dari Bandar Mentakab. Untuk sampai ke hartanah ialah melalui Jalan Mentakab-Karak ke Taman Bukit Bendera, membelok ke kanan melalui Lorong Bendera 1F, membelok ke kiri di Jalan Taman Tunas dan selepas itu membelok ke kanan semula ke Jalan Bendera Bendahara dimana hartanah tersebut terletak

Akomodasi
Tingkat Bawah : 1 Bilik Tidur,Ruang Makan,Ruang Dapur Basah,Tandas &WC&Teres /Porch Kereta
Tingkat Atas : Ruang Keluarga, 2 Bilik Tidur Tandas & WC, & Balkoni

Hartanah tersebut akan di jual tertakluk kepada Harga Rizab sebanyak RM 140,000.00 dan syarat-syarat jualan lelong, semua penawar yang berminat dikehendaki mendepositkan 10% daripada Harga Rizab dengan deraf bank sahaja atas nama MALAYAN BANKING BERHAD sebelum jam 9.30 pagi pagi pada hari lelongan tersebut kepada Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Temerloh. Baki harga belian hendaklah dijelaskan oleh pembeli dalam tempoh Seratus Dua Puluh (120) hari daripada tarikh lelong kepada MALAYAN BANKING BERHAD.

Untuk maklumat selanjutnya sila berhubung dengan :

Nama Pelelong                        Burhanudin bin Hasan
Nama Syarikat                         BURHAN AGENCY
Alamat                                     Bangunan Kayu, Perkarangan Pejabat Daerah Temerloh, Pahang.
                                                 No A-10, Tkt 1, Bgnan Pejabat Mara Daerah, Bandar Lama, Temerloh
No Telefon                               013 927 1250 Burhan / 017 948 7747 Ezrul
Email                                       Burhan.agency@gmail.com
Blog                                         www.danishagency.blogspot.com
No Rujukan                             BA/TLH/MTK/LA 2014-47

Nama Firma Peguam              T/n Zainy & Partners
Alamat                                    Peguambela & Peguamcara, No 43, Tkt 1, Jalan Ahmad Shah 1,
                                                28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.
No Telefon                              09 296 9920                         No Fax                  :               09 296 6920
Email                                      zainypartners@yahoo.com
No Rujukan                            ZAZ (T)/L/447/MBB/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan